IPOH – Kerajaan Pakatan Harapan telah mengadakan perbincangan untuk mewujudkan semula Akta Perkhidmatan Parlimen 1963 yang dimansuhkan pada 1992, kata Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Nga Kor Ming. Beliau berkata, akta itu perlu diwujudkan semula agar Parlimen mempunyai autonomi sendiri serta dapat memainkan peranan dengan menimbang serta memeriksa kuasa eksekutif kerajaan demi kebaikan rakyat dan negara. “Antara pembaharuan yang kami komited (untuk lakukan) termasuk mahu membebaskan Parlimen sebagai sebuah institusi yang benar-benar mencerminkan doktrin pengasingan kuasa,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kepayang, Ko…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya