BUENO AIRES 23 Julai – Sebuah pesawat American Airlines yang dinaiki Pengarah Urusan Dana Kewangan Antarabangsa (IMF), Christine Lagarde membuat pendaratan cemas di Argentina sejurus berlepas dari Lapangan Terbang Ezeiza, di sini, semalam. Media tempatan Clarin dan La Nacion serta televisyen tempatan TN melaporkan, pesawat dalam penerbangan ke Amerika Syarikat (AS) itu mengalami penurunan tekanan kabin kira-kira 200 kilometer utara ibu negara ini dan kembali ke lapangan terbang untuk mendarat. Lagarde berada di Argentina bagi menghadiri mesyuarat menteri kewangan sidang kemuncak G20 dan Presiden bank pusat. – REUTERS
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya