Perubahan landskap politik masa kini cabaran baharu bagi Perlis - Azlan Man - Utusan Malaysia

Perubahan landskap politik masa kini cabaran baharu bagi Perlis – Azlan Man

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU – Kerajaan negeri Perlis menyifatkan perubahan landskap politik masa kini sebagai cabaran baharu yang perlu ditangani dengan matang supaya negeri dan rakyat mendapat faedah, kata Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man.   Justeru, beliau berkata, kerajaan negeri akan bekerjasama dengan kerajaan pusat bagi memastikan pembangunan di Perlis diteruskan. “Realiti ini akan ditangani dengan matang supaya hasrat kita mencapai negeri maju menjelang tahun 2030 tercapai,” kata Azlan yang menyampaikan ucapan tahniah kepada Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail pada istiadat penganugerahan darjah kebesaran dan pingat negeri sempena sambutan keputeraan baginda yang ke-75 di Balai Menghadap Istana Arau, hari ini.  Sempena sambutan itu Tuanku Syed Sirajuddin berkenan menganugerahkan Darjah Kerabat Perlis (DK) kepada Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah. Majlis anugerah kepada Sultan Kedah itu akan diadakan dalam satu majlis khas nanti. Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Hasan Lah mengetuai seramai…

 

Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya