KUALA LUMPUR 18 Julai – Pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) pada masa ini hanya mewujudkan ‘belahan besar’ kepada perpaduan kaum di Malaysia yang tidak akan dapat didamaikan oleh mana-mana parti politik sekalipun. Tokoh Perlembagaan dan sosiobudaya, Tan Sri Dr. Rais Yatim berkata, pengiktirafan UEC menafikan suara kelompok majoriti rakyat yang kebanyakannya membantah tindakan tersebut. Jelas Rais, ‘pembelahan besar’ itu dibimbangi akan membawa kepada tindakan agresif yang akhirnya memaksa kerajaan menggunakan Perkara 150 (Akta Darurat) Perlembagaan Persekutuan bagi meredakan ketegangan yang berlaku. Keadaan ini, tegas Rais, akan memberikan kesan negatif kepada…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya