KUALA LUMPUR – Lima senator hari ini mengangkat sumpah jawatan dan taat setia serta sumpah simpan rahsia sebagai menteri dan timbalan menteri di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V di Istana Negara. Istiadat yang berlangsung di Singgahsana Kecil itu didahului Pengerusi Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (Hindraf), Senator P. Waytha Moorthy sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Perpaduan Negara dan Kesejahteraan Sosial). Waytha Moorthy kemudian menerima surat cara pelantikan dan melafazkan ikrar sumpah jawatan dan taat setia sebelum menandatangani dokumen rasmi pelantikan disaksikan Ketua Hakim Negara, Tan Sri Richard…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya