KUALA LUMPUR 31 Julai – Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Majistret Ampang dekat sini hari ini atas lima pertuduhan memperdayakan seorang lelaki warga emas berhubung penjualan tanah kerajaan membabitkan kerugian RM118,500, tiga tahun lalu. Mohd. Adnan Musa, 60, bagaimanapun mengaku tidak bersalah melakukan kesemua perbuatan itu di Medan Selera Pasaraya Giant, Taman Permata, Hulu Langat dekat sini antara 4 November 2015 dan 19 Januari 2016. Mengikut pertuduhan pertama hingga kelima, tertuduh didakwa dengan sengaja memperdaya Mohamed Borhan Mohamed Zain, 72, sehingga mendorong mangsa menyerahkan RM118,500 bagi 15 tanah lot kerajaan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya