GUA MUSANG – Seorang wanita yang nazak ketika mendaki Gunung Yong Yap, Lojing, di sini, sejak tiga hari lalu berjaya diselamatkan Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) hari ini. Mangsa, Maszidah Muhammad, 31, berjaya diselamatkan kira-kira pukul 1 petang sebelum dikejarkan ke Hospital Gua Musang (HGM) untuk menerima rawatan. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Gua Musang, Anuar Abas berkata, usaha menyelamat itu memasuki hari kedua selepas gagal berbuat semalam. Katanya, operasi menyelamat menggunakan helikopter itu ditangguhkan sejak pukul 4 petang semalam kerana keadaan cuaca buruk dan kabus…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya