KOTA BHARU 23 Julai – Masalah kebersihan dan keceriaan di negeri ini yang sentiasa menjadi isu utama yang hangat diperkatakan di media sosial mendapat perhatian Pemangku Raja Kelantan, Dr. Tengku Muhammad Fa-Iz Petra. Baginda bertitah, kurangnya kecaknaan masyarakat berhubung kepentingan penjagaan kebersihan dan alam sekitar menjadi faktor utama yang menyumbang kepada masalah tersebut. “Justeru beta mengesyorkan agar pendekatan kempen pembudayaan kebersihan dalam kalangan masyarakat, di samping penguatkuasaan berterusan menjadi fokus utama pihak berkuasa tempatan di negeri ini. “Di samping itu, bantuan kewangan dan prasarana kebersihan daripada kerajaan negeri dan Persekutuan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya