SAN FRANCISCO 25 Julai – Gara-gara membelasah tiga pemain Wales sehingga cedera ketika kempen Piala Dunia 7-Sebelah, pemain ragbi Samoa, Gordon Langkilde bakal didakwa di mahkamah. Polis yang mengesahkan perkara itu berkata, Langkilde yang kini digantung daripada bermain selain disingkirkan terus daripada kejohanan akan dipenjarakan sementara menunggu hari perbicaraan. Insiden yang berlaku di dalam terowong pemain sebaik Samoa kalah 19-24 kepada Wales itu menyaksikan tiga pemain Wales patah tulang muka dan hidung akibat ditumbuk. Ia dikatakan berpunca daripada provokasi. – AFP
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya