KUALA LUMPUR- Pelakon dan aktivitis teater popular, Khalid Salleh meninggal dunia di Pusat Perubatan Ampang Puteri sekitar pukul 3 petang tadi. Berita tentang kesihatan Khalid, 70, pernah mencuri perhatian awal Januari lalu apabila gambarnya yang kelihatan uzur tular di media sosial. Namun pada ketika itu, beliau menafikan sedang mengalami sebarang masalah kesihatan yang serius dan cuma mengalami sakit tua biasa. Khalid yang popular dengan filem Buai Laju Laju dan Hanyut pernah dinobatkan sebagai Pelakon Lelaki Terbaik FFM ke-14 menerusi filem Jogho pada tahun 1999 arahan U-Wei Hj Saari . – K!…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya