JOHOR BAHRU 30 Julai – Pekerja asing dari negara yang mempunyai rekod penyakit berjangkit perlu melakukan saringan kesihatan sebelum diterima bekerja di negeri ini. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian negeri, Dr. Sahruddin Jamal berkata, langkah tersebut bagi mengelakkan penularan penyakit berbahaya seperti tibi dan malaria. “Penyakit berbahaya seperti ini bukan berpunca di Malaysia sebaliknya boleh berjangkit melalui pekerja-pekerja asing yang bekerja di negara ini. “Bagaimanapun setakat ini kes-kes penyakit seperti tibi dan malaria adalah terkawal namun kita mahukan langkah berjaga-jaga dan pencegahan terus dilakukan,” katanya. Beliau berkata demikian…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya