LAWAS – Sebuah Pejabat Daerah Kecil Trusan di sini musnah dalam satu kejadian kebakaran hari ini. Kejadian kira-kira pukul 11.30 pagi itu telah mengakibatkan pejabat dua tingkat milik kerajaan negeri ini musnah terbakar 100 peratus. Ketua Bomba dan Penyelamat Zon Limbang, Edmund Dmahai Amboh berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 11.31 pagi. Jelasnya, sejurus menerima laporan itu, sepasukan 10 anggota bomba kemudian diarahkan ke lokasi kejadian bagi melakukan kerja-kerja memadam kebakaran. “Apabila tiba di lokasi kejadian, pasukan bomba mendapati api sedang marak membakar bangunan pejabat berkenaan.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya