ATTAPEU, Laos – Petugas-petugas penyelamat menemui 26 mayat, manakala beratus-ratus orang masih hilang selepas sebuah empangan hidroelektrik runtuh, mengakibatkan beberapa perkampungan di sekitarnya ditenggelami air. Operasi mencari diteruskan semalam ketika mangsa-mangsa terselamat menyoal kenapa mereka tidak diberi amaran lebih awal berhubung bencana tersebut. Dua kontraktor Korea Selatan berkata, mereka melaporkan kerosakan yang berlaku sekurang-kurangnya sehari sebelum sebahagian daripada empangan Xe-Namnoy itu runtuh dan melepaskan tembok air pada Isnin lalu. Pegawai konsulat Thailand, Chana Miencharoen memberitahu agensi berita AFP dari lokasi kejadian di wilayah Attapeu bahawa 26 mayat telah ditemui menjelang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya