KUALA LUMPUR – Pas menegaskan tidak akan bergabung dengan UMNO meskipun kedua-dua parti itu mengambil tindakan bersama untuk keluar dari Dewan Rakyat, semalam. Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, Pas tidak menolak kemungkinan untuk bekerjasama dengan mana-mana parti namun beliau bertegas ia tidak akan membawa kepada penggabungan. “Kita hanya akan bekerjasama sahaja namun tidak akan bergabung bersama mereka, apa yang terbaik untuk negara kita akan lakukan,” katanya kepada pemberita selepas perasmian Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Parlimen ke-14, hari ini. Mesyuarat pertama selepas Pilihan Raya Umum ke-14 itu dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya