KOTA BHARU 30 Julai – Pas menerima baik serta mengalu-alukan keputusan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-249 menubuhkan Jawatankuasa Tertinggi Institusi Hal Ehwal Islam Peringkat Persekutuan. Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, pihaknya yakin penubuhan jawatankuasa itu menzahirkan hasrat dan niat murni Raja-Raja Melayu yang menjadi Ketua Agama Islam ke arah mempertingkatkan kedudukan Institusi-institusi yang berkaitan dengan agama Islam di negara ini. Beliau berkata, ini termasuk institusi kehakiman dan perundangan syariah yang amat perlu diperkasakan dalam semua aspek. “Pas turut percaya Jawatankuasa ini akan mengambil segala inisiatif termasuk mengadakan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya