KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyifatkan Pas dan Barisan Nasional (BN) sebagai ‘adik-beradik’ dalam soal peletakan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis. Susulan proses penamaan calon hari ini, PRK itu akan menyaksikan pertandingan tiga penjuru membabitkan calon BN, Datuk Lokman Noor Adam, Mohd. Zawawi Ahmad Mughni dari PKR dan calon Bebas, K. Murthy. Ditanya sama ada langkah Pas tidak meletakkan calon adalah untuk memberi laluan mudah kepada calon BN, Dr. Mahathir yang juga Pengerusi Pakatan Harapan dengan ringkas menjawab: ‘Mereka adik-beradik’. Beliau ditemui pemberita pada majlis rumah terbuka Aidilfitri anjuran Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail di sini. Turut…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya