KUALA LUMPUR – Parlimen Malaysia menafikan menyediakan menu sajian mewah daging wagyu berharga RM2,000 kepada Ahli Parlimen pada perasmian pembukaan Persidangan Parlimen ke-14 semalam. Setiausaha Bahagian Komunikasi Korporat Parlimen, Tengku Nasaruddin Tengku Mohamed berkata, laporan yang dikeluarkan oleh seorang pengguna media sosial dan ditular di laman sosial berhubung perkara itu adalah sama sekali tidak tepat serta mengelirukan. “Parlimen tidak pernah berbelanja mewah untuk tujuan tersebut. Perbelanjaan adalah mengikut tatacara kewangan yang telah ditetapkan. “Kadar kelayakan bagi majlis tersebut adalah RM120 untuk seorang tetamu namun Parlimen hanya meluluskan RM50 untuk seorang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya