KUALA LUMPUR 28 Julai – Ribuan orang Melayu yang terdiri daripada ahli pertubuhan bukan kerajaan (NGO), parti politik dan orang awam mula membanjiri lokasi Himpunan Kebangkitan Ummah di Padang Kelab Sultan Sulaiman di sini bermula pukul 9 pagi tadi. Perhimpunan yang akan berlangsung sehingga pukul 2 petang itu juga turut bergema dengan laungan takbir ‘Allahuakbar’ dan slogan ‘Ummah Malaysia’. Sebanyak 20 tokoh dari pelbagai bidang dijangka akan tampil mengutarakan pelbagai isu yang kini jelas membelenggu orang Melayu selepas era pasca Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) termasuk liberalisme dan pengiktirafan Sijil…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya