BERLIN 23 Julai – Bintang bola sepak Jerman, Mesut Ozil hari ini memberitahu, dia bakal meninggalkan skuad kebangsaan selepas menerima kecaman hebat berbaur perkauman selepas Piala Dunia 2018 kerana memiliki darah keturunan Turki. Ozil, 29, merupakan salah seorang pemain utama yang membantu Jerman menjuarai Piala Dunia 2014 dan dipilih oleh peminat sebagai pemain terbaik dalam skuad tersebut sebanyak lima kali sejak 2011. Pemain kreatif itu bagaimanapun berdepan kritikan hebat selepas bergambar bersama Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan pada Mei lalu. Dia dan seorang lagi pemain keturunan Turki, Ilkay Gundogan yang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya