BERLIN – Pemain tengah Jerman, Mesut Ozil secara rasminya mengumumkan persaraan di pentas antarabangsa selepas dikritik hebat oleh Persekutuan Bola Sepak Jerman (DFB) pada kempen Piala Dunia 2018. OZIL menerima kecaman teruk daripada penyokong Jerman selepas pasukan itu gagal melepasi peringkat kumpulan pada saingan Piala Dunia lalu. Ozil yang juga pemain bintang Arsenal turut dihina kerana mengadakan pertemuan dengan Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan sebelum saingan di Rusia itu membuka tirainya. “Selepas gambar saya bersama Erdogan tersebar, saya meminta izin daripada jurulatih, Joachim Low untuk memendekkan cuti saya kerana mahu…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya