SEREMBAN 18 Julai – Negeri Sembilan menghidupkan sisa peluang daripada tersingkir ke Liga Perdana musim depan selepas menumpaskan Selangor 3-1 dalam saingan Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi di sini malam ini. Kemenangan itu amat bermakna untuk Negeri Sembilan dan memulihkan semangat para pemainnya selepas mengalami lima kekalahan berturut-turut. Negeri Sembilan mendahului pada minit ke-12 melalui jaringan Nicolas Leandro Velez yang menolak masuk ke gawang Selangor ketika penjaga gol, Norazlan Razali meluru keluar untuk menyelamatkan bola. Tidak sampai seminit, Selangor menyamakan kedudukan hasil rembatan kencang kaki kiri penjaring…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya