KUALA LUMPUR 31 Julai – Syarikat pemaju hartanah Naza TTDI Sdn. Bhd. (Naza TTDI) melancarkan komponen runcit pertama bagi projek KL Metropolis, Met Galleria dengan nilai pembangunan kasar (GDV) RM160 juta. Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Operasi Naza TTDI, Datuk Idzham Mohd. Hashim berkata, Met Galleria merupakan sebuah pusat beli-belah dua tingkat berkeluasan 80,000 kaki per segi yang mempamerkan ciri kolonial dan moden. Katanya, 40 peratus daripada ruang runcit Met Galleria dikhususkan bagi peruncit makanan dan minuman (F&B), 20 peratus bagi kedai konsep dan bakinya akan diagihkan kepada penyewa utama,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya