BIARPUN berhadapan kerugian yang ‘tidak masuk akal’, namun seorang petani cili fertigasi tekad meneruskan usaha dengan memulakan tanaman musim keempat baru-baru ini. Pulangan tidak sampai RM5,000 daripada tanaman berjumlah 12,000 pokok cili daripada varieti Kulai 461 pada musim ketiga tidak mematahkan semangat Paizah Nor Azman Syah, 34, untuk terus gigih mengusahakan tanaman cili merah tersebut di kawasan seluas 0.40 hektar (1 ekar) di Jeram, Kuala Selangor. Dengan erti kata lain, tanaman musim ketiga gagal sepenuhnya sehinggakan tidak pulang modal, selain terpaksa menggunakan wang simpanan sendiri untuk membayar gaji pekerja. “Saya…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya