SUSUK tubuh seorang gadis duduk bersimpuh di anjung pondok di pinggiran Pantai Teluk Muroh di Lumut, Perak, menarik perhatian Hasshim Abu Hanifah. Angin yang bertiup lembut sesekali menyapa wajah gadis tersebut, membuatkan selendang di kepalanya melorot jatuh ke bahu. Desiran ombak dan langit jingga menandakan waktu senja, pemandangan tersebut dirasakannya cukup indah. Meskipun baru berusia sembilan tahun pada masa itu, hatinya bagaikan terkunci dengan perasaan cinta yang sangat mendalam terhadap keindahan alam ciptaan Tuhan. Lantaran itu, dilakarkan pemandangan tersebut di atas kadbod terbiar untuk dihantar kepada guru kelasnya, Abd. Mutalib…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya