KUALA LUMPUR 29 Julai – Pelumba SCK Rapido Hi Rev Honda Racing, Muhammad Helmi Azman terus mempamerkan penguasaan dalam perlumbaan pusingan kedua Kejohanan Superbike Malaysia (MSBK) di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), hari ini apabila muncul juara. Lebih manis tempat kedua pula menjadi milik Muhammad Adam Norrodin pada penampilan pertamanya dalam kejohanan tersebut. Bermula di petak pertama, Helmi mempamerkan tunggangan cemerlang untuk memenangi perlumbaan yang memiliki 12 lap itu dengan catatan masa 26 minit (m) 44.840 saat (s), diikuti Adam 26:54.876s dan tempat ketiga menjadi milik Liam Taylor MacDonald (27:05.542s). Adam…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya