KUALA LUMPUR – Persatuan Peruncit Malaysia (MRA) hari ini melahirkan kebimbangan kemungkinan peruncit dan pengeluar di negara ini tidak mampu menampung permintaan terhadap kasut hitam susulan dasar baharu melibatkan pelajar sekolah yang diumumkan Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik. Sehubungan itu, Presidennya, James Loke memohon agar kementerian berkenaan mengadakan perbincangan lanjut dengan pihak berkepentingan sebelum menguatkuasakan dasar baharu tersebut. Bercakap pada sidang akhbar di sini, beliau berkata, ini kerana pengeluar memerlukan masa sekurang-kurangnya setahun untuk merancang pengeluaran bagi tahun berikutnya. Menurutnya, MRA bersedia bekerjasama rapat dengan kementerian berkenaan serta berkongsi pandangan dan saranan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya