MICHIGAN 29 Julai – Jose Mourinho meluahkan kekecewaannya terhadap proses perpindahan Manchester United apabila mendedahkan, dia hanya menjangkakan dapat membeli satu pemain menjelang musim baharu, selain bakal kehilangan Nemanja Matic pada awal saingan akibat kecederaan. Pengurus United itu mendakwa, dia menyerahkan senarai lima pemain untuk dibeli kepada naib pengerusi kelab, Ed Woodward, Mac lalu tetapi sehingga kini masih menunggu jawapan pada ketika pasaran perpindahan tinggal 12 hari untuk ditutup. Dua tonggak pertahanan, Harry Maguire serta Yerry Mina dikaitkan dengan United, dan Mourinho masih tidak berputus harap penambahan pemain dapat dilakukan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya