SEPATUTNYA pada ketika ini, kakinya sedang memijak bumi Amerika Syarikat (AS). Hatinya pula sedang berdetak-detak penuh debaran menunggu giliran untuk membuat persembahan di pentas Juara Dunia Seni Persembahan 2018 (WCOPA 2018) di Los Angeles, California. Pentas itulah yang diidam-idamkan untuk mengukuhkan namanya selepas menyertai pertandingan yang sama dalam kategori junior pada enam tahun yang lalu. Wani Kayrie, 18, juga yakin mampu mencatat lebih banyak kemenangan peribadi pada penyertaan kali ini berbanding sebelumnya. Pun begitu, apa yang diimpikan penyanyi Jangan Jangan ini hanya tinggal mimpi, ia takkan mungkin terjadi. Secara jelasnya,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya