HOCKENHEIM, Jerman 19 Julai – Juara Formula Satu (F1) dunia empat kali, Lewis Hamilton menamatkan spekulasi mengenai masa depannya apabila menandatangani penyambungan kontrak dua tahun dan akan kekal bersama pasukan Mercedes sehingga 2020. Pemandu Britain berusia 33 tahun itu bakal tamat kontrak pada hujung musim ini, dan rundingan sudah berjalan sejak beberapa bulan lalu sebelum dia akhirnya menurunkan tandatangan hari ini. Tiada butiran lanjut mengenai nilai kontrak didedahkan oleh pasukan Mercedes, namun media Britain melaporkan, perjanjian baharu mencecah 40 juta pound (RM211.78 juta) setahun iaitu jumlah tertinggi pernah diterima Hamilton.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya