HARI Pahlawan yang disambut pada 31 Julai setiap tahun perlu diangkat sebagai medan terbaik untuk menghargai segala jasa, sumbangan, pengorbanan keringat, darah dan nyawa para perajurit negara. Sambutan Hari Pahlawan dalam kalendar tahunan di peringkat kebangsaan adalah satu lagi usaha dan keprihatinan pihak kerajaan dalam menetapkan satu hari yang khas bagi mengenang jasa-jasa perwira tanah air yang berkorban jiwa dan raga untuk mempertahankan kedaulatan ibu pertiwi. Untungnya, generasi hari ini tidak lagi berhadapan dengan konflik atau peperangan. Negara ini juga sudah tidak lagi dijajah dan telah mencapai kemerdekaan. Namun memasuki…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya