SEREMBAN 28 Julai – Negeri Sembilan menamatkan cabaran dalam Liga Super musim ini dengan kekecewaan selepas tumpas kepada Melaka 1-3 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi malam ini. Kekalahan itu memalapkan peluang untuk Negeri Sembilan bersaing dalam Piala Malaysia kerana kini terperosok di tangga tercorot liga. Gol pertama pelawat dijaringkan oleh Patrick Omosuyi Jeon yang menanduk masuk hantaran lintang Yahor Zubovich pada minit ke-48. Pada minit ke-36, Melaka menambah derita tuan rumah dengan gol kedua akibat kesilapan ketua pasukan Negeri Sembilan, Mohd. Nasriq Baharom yang tertampan bola masuk ke gawang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya