KUALA LUMPUR 27 Julai – Felda mengumumkan pelantikan Tan Sri Megat Zaharuddin Megat Mohd. Nor sebagai Pengerusi baharunya berkuat kuasa hari ini, menggantikan Tan Sri Shahrir Abdul Samad yang meletakkan jawatan pada 14 Mei lalu. Menurut Felda, Megat Zaharuddin berpengalaman luas dalam sektor korporat dan pernah berkhidmat sebagai Pengerusi Maybank selama lebih tujuh tahun. “Seluruh warga Felda mengalu-alukan kedatangan Megat Zaharuddin untuk memacu Felda kembali ke era kegemilangan,” menurut agensi tersebut dalam kenyataan, di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya