PETALING JAYA 21 Julai – Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) hari ini melancarkan pusat aktiviti Penjanaan Pendapatan Komuniti Bandar (PPKB) di Dewan Komuniti PJS 6, Kampung Lindungan, di sini. Datuk Bandar Petaling Jaya, Datuk Mohd. Azizi Mohd. Zain berkata, pembukaan pusat PPKB yang ke empat tersebut merupakan inisiatif MBPJ untuk membantu membangunkan ekonomi bandar dan meningkatkan kualiti hidup penduduk. Beliau berkata, pusat berkenaan berfungsi sebagai platform untuk usahawan tempatan menghasilkan beberapa produk seperti makanan sejuk beku, pau, donut, aiskrim, biskut raya selain menerima tempahan jahit baju Melayu dan baju kurung.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya