PARIS 18 Julai – Bintang muda Perancis, Kylian Mbappe ternyata bukan sahaja seorang pemain yang hebat di atas padang malah juga seorang yang budiman dan penyayang. Ini dibuktikan apabila beliau sanggup menderma wang bonus kemenangan Perancis berjumlah 300,000 euro (RM1.42j) yang diperoleh setiap pemain negara itu hasil kejayaan muncul juara Piala Dunia 2018 di Rusia baru-baru ini. Penyerang yang berjaya menjaringkan empat gol kesemuanya pada edisi ke-21 itu termasuk satu pada aksi final menyerahkan wang tersebut kepada sebuah persatuan berkaitan keperluan perubatan untuk kanak-kanak. Malah Mbappe dikatakan sudah berniat lebih…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya