SANDAKAN – Mayat seorang lelaki ditemukan dalam sebuah kontena di Kampung Lupak Meluas, Jalan Batu Sapi dekat sini, semalam. Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Mohd. Azhar Hamin berkata, lelaki berusia 58 tahun itu bekerja sebagai pemandu jentera ‘forklift’ dengan menyusun dan mengalih kontena di kawasan berkenaan. Beliau berkata, anggota polis yang tiba di lokasi kejadian pada pukul 7.44 malam selepas dimaklumkan oleh orang awam menjumpai mayat lelaki itu dalam keadaan tertiarap dalam sebuah kontena. “Siasatan mendapati mangsa tinggal seorang diri dalam sebuah kontena di kawasan itu,” katanya hari ini. Beliau berkata, pemeriksaan terhadap badan mangsa mendapati kematiannya tiada unsur jenayah…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya