JOHOR BAHRU – Mayat seorang lelaki tanpa identiti ditemukan terapung oleh orang awam di Sungai Skudai, Kampung Jaya Sepakat, berhampiran jambatan landasan keretapi di sini, hari ini. Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Dzulkhairi Mukhtar berkata, mayat itu dijumpai kira-kira 1 tengah hari oleh seorang lelaki yang datang ke lokasi berkenaan untuk memancing. Katanya, berdasarkan keadaan fizikal, dipercayai mayat berkenaan telah berada dalam sungai tersebut lebih daripada seminggu. “Ketika ditemui, mangsa tidak memakai baju manakala seluar telah terbuka sehingga ke bahagian lutut serta tiada sebarang dokumen diri ditemukan,” kata beliau dalam kenyataan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya