PONTIAN 22 Julai – Impian kariah Masjid Jamek Pekan Nanas, dekat sini untuk mempunyai van jenazah akhirnya tercapai hasil sumbangan orang ramai bagi membeli kenderaan tersebut. Pengerusi masjid, Md. Ilham Mahujan berkata, program wakaf bagi membeli van tersebut telah dilancarkan pada Januari lalu bagi memenuhi keperluan penduduk dalam pengurusan jenazah dan pihaknya memberikan peluang kepada orang ramai untuk bersama-sama membuat amal jariah dengan memberikan sumbangan. Menurutnya, selain maklumat yang dihebahkan oleh pihak masjid, hebahan turut dilakukan menerusi media sosial yang nyata memberikan maklum balas baik daripada masyarakat. “Ada seorang penderma…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya