Bila Malaysia memulakan agenda pembangunannya di atas hamparan Dasar Ekonomi Baru (DEB), Perdana Menteri ketika itu, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussain, berdepan cabaran amat getir membangunkan institusi-institusi ekonomi bagi menguncupkan jurang ekonomi. Ketika itu negara belum pun membina tenaga mahir bagi memenuhi keperluan itu. Apa pilihan yang Allahyarham Tun Razak ada ketika itu? Pertama, agenda pendidikan diamanahkan untuk menyediakan jawapannya. Ramai dihantar belajar termasuk di luar negara dengan harapan sekembalinya mereka kelak kekosongan tenaga mahir, baik dalam institusi ekonomi milik kerajaan mahupun sektor korporat atau swasta dapat diisi. Misi itu…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya