SUASANA di aras dua, Pasar Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur petang itu sibuk sekali. Roseline Ong, 62, yang merupakan pengusaha rempah masakan segera menggunakan bahan-bahan semula jadi dilihat begitu sibuk melayan pelanggan-pelanggan yang berkunjung di kedai kecilnya. Sambil membungkus barangan yang dipesan pelanggannya, wanita yang lebih mesra dipanggil Liza ini berkongsi resipi masakan kepada mereka. Walaupun hampir tidak menang tangan, namun wanita yang telah mengusahakan perniagaan tersebut sejak 29 tahun yang lalu itu langsung tidak kelihatan kekok. Malah, mulutnya begitu ramah berceloteh sementara bibirnya pula tidak putus-putus mengukir senyuman.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya