SACHSENRING 15 Julai – Pelumba Honda, Marc Marquez merangkul kejuaraan Grand Prix (GP) Jerman kali kesembilan berturut-turut untuk melebarkan penguasaannya dalam MotoGP di Sachsenring hari ini. Juara dunia dari Sepanyol itu menjuarai kategori utama sepanjang enam tahun terakhir dan sebelum itu tiga kali dalam kelas perlumbaan lebih rendah. “Sembilan kemenangan berturut-turut di sini adalah sesuatu yang menakjubkan, Hidup Sachsenring!,” katanya. Bermula dari petak pertama, setiap tahun sejak beraksi di litar Jerman itu, Marquez menamatkan perlumbaan dengan catatan 41 minit 5.019 saat, 2.196 saat mendahului pencabar terdekatnya dari Yamaha, Valentino Rossi.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya