HOHENSTEIN – Pelumba Repsol Honda, Marc Marquez dilihat tiada pencabar dalam Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) musim ini apabila terus meraih kemenangan pada Grand Prix (GP) Jerman malam tadi. Marquez yang bermula di petak pertama beraksi baik apabila mendahului sepanjang perlumbaan dengan merekodkan catatan 41 minit 5.019 saat untuk muncul juara di Litar Sachsenring. Pelumba Sepanyol itu ternyata berada dalam kelas tersendiri apabila meraih kemenangan keenam berturut-turut di Litar Sachsenring sejak beraksi dalam kelas perdana pada tahun 2013. “Bagi saya, perlumbaan hari ini sangat mencabar kerana pada awal perlumbaan, saya gagal…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya