BREST, Belarus – Legenda Argentina, Diego Maradona tiba di Belarus semalam untuk memulakan fasa baharu dalam karier gemilangnya. Pemenang Piala Dunia 1986 itu menegaskan, peranan baharunya sebagai presiden kelab divisyen pertama, Dinamo Brest merupakan komitmen cukup serius. Katanya, beliau berharap kehadirannya sedikit sebanyak dapat membantu bola sepak negara itu bertambah menjadi lebih baik. Bekas pemain Barcelona yang berusia 57 tahun itu turut menggambarkan rasa teruja untuk bertemu Presiden Belarus, Alexander Lukashenko. “Saya memiliki memori manis bersama Fidel Castro (bekas Perdana Menteri Cuba), Hugo Chavez (bekas Presiden Venezuela), Muammar Gaddafi (bekas…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya