KOTA BHARU 15 Julai – Kerajaan Pas Kelantan akui semangat Malaysia Baharu akan memberi manfaat besar kepada negeri ini dalam pelbagai segi termasuk dari sudut pelaburan. Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan, Pelaburan dan Pembangunan Usahawan negeri, Datuk Hanifa Ahmad berkata, hubungan antara agensi Kerajaan Pusat kini di bawah Pakatan Harapan dengan kerajaan negeri semakin baik berbeza semasa kerajaan terdahulu. Malah, Hanifa berkata, Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob selepas pertemuan dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini sendiri mengarahkan semua Exco dan pegawai berkaitan peringkat negeri mewujudkan hubungan rapat dengan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya