KEMBOJA mematikan panggilan telefon. Sebak jiwanya setelah mendapat berita yang sentiasa dinanti-nantikan saban tahun. Seluruh alam seolah-olah turut meraikan kegembiraan itu bersama-sama. Langit redup dengan tiupan angin sepoi-sepoi bahasa melagukan rasa syukur yang membuak-buak. Sudah berkali-kali Kemboja menyeka air mata yang mengalir, berkali-kali jugalah terbitnya kembali tanpa henti. Allah sudah memakbulkan doa Kemboja, impian dan harapan yang dipanjatkan sekudus-kudusnya kepada Pencipta yang Maha Mendengar. Lirikan senyum masih bersisa pada wajah berusia Kemboja seusai melakukan sujud syukur. Bola matanya dihalakan ke arah sekeping bingkai gambar yang diletakkan di atas meja kecil…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya