KANGAR 1 Julai – Madrasah Miftahul Hidayah Perlis menerima peruntukan RM100,000 daripada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) bagi tahun 2018. Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail telah berkenan berangkat bagi menyerahkan sumbangan peruntukan berkenaan dalam Program Hijrah Minda anjuran MAIPs petang baru-baru ini. Madrasah Miftahul Hidayah ditubuhkan pada 25 Mei 2011 merupakan salah sebuah institusi pengajian tahfiz berdaftar dengan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs) yang menerima sumbangan peruntukan tahunan daripada MAIPs. Mudirnya, Megat Mohd Ridhwan Mustapha Khairi menerima bagi pihak madrasah tersebut…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya