PORT DICKSON 15 Julai – Satu jawatankuasa akan ditubuhkan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bagi menyiasat penganjuran sukan lasak, Port Dickson International Triathlon 2018 ekoran seorang peserta mati lemas manakala seorang lagi masih hilang hari ini. Menterinya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, program triatlon bertaraf antarabangsa itu dianjurkan oleh Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan dan Majlis Perbandaran Port Dickson sepatutnya mengutamakan aspek keselamatan peserta. Menurut beliau, kementerian tersebut akan menyiasat sama ada penganjuran pertandingan itu mendapat kebenaran pihaknya atau sebaliknya sebelum tindakan susulan diambil. ‘‘KBS akan mengkaji secara menyeluruh…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya