JOHOR BAHRU – Seorang lelaki maut manakala seorang kanak-kanak perempuan cedera parah selepas kereta yang dinaiki bertembung dengan sebuah bas ekspres di KM30 Jalan Johor Bahru-Pontian, berhampiran Ulu Choh, di sini hari ini. Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Noor Hashim Mohamad berkata, kejadian pada 4 petang itu menyebabkan Wu Chan Kiong, 51, yang memandu Perodua Axia meninggal dunia di tempat kejadian. “Siasatan awal mendapati Perodua Axia yang datang dari arah Kangkar Pulai menghala ke Pontian itu telah masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung secara berdepan dengan bas tersebut. “Pelanggaran…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya