SEREMBAN 28 Julai – Kementerian Pendidikan akan menyediakan lebih banyak tempat kepada golongan orang kurang upaya (OKU) mengikuti latihan kemahiran di Kolej Komuniti di seluruh negara. Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching berkata, usaha itu penting bagi memastikan golongan berkenaan boleh berdikari dan mendapat peluang pekerjaan yang sesuai dengan kemahiran dan kebolehan mereka. Jelasnya, buat masa ini jumlah pengambilan pelajar OKU tidak terlalu besar dan hanya melibatkan mereka yang mengalami masalah pembelajaran. “Pada masa akan datang kita akan perluaskan lagi untuk pastikan mereka ada akses kepada kursus kemahiran kerana OKU…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya