PARIS 16 Julai – Puluhan remaja memecah masuk sebuah kedai popular di Champs Elysees semalam ketika beratus ribu peminat bola sepak Perancis meraikan kejayaan memenangi Piala Dunia FIFA 2018. Kira-kira 30 orang, kebanyakannya memakai topeng ski, memecah masuk ke dalam Publicis Drugstore dan mencuri beberapa botol minuman keras sambil tersenyum serta merakamkan aksi mereka dengan telefon pintar. Selain itu, ada juga yang melempar objek termasuklah botol dan kerusi ke arah anggota polis. Dalam pada itu, rusuhan tercetus antara polis dan 100 remaja yang bertindak memanjat kenderaan polis ketika menyaksikan perlawanan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya