ATHENS 30 Julai – Perkhidmatan kebakaran Greece semalam mengesahkan kematian tiga lagi individu akibat kebakaran hutan yang menjejaskan pusat peranginan berhampiran pantai dekat Athens, menjadikan angka korban meningkat kepada 91 orang. Jurucakap jabatan itu, Stavroula Malliri yang pertama kali mendedahkan angka itu berkata, sebanyak 25 individu lagi masih hilang. Jurucakap pertahanan awam, Spyros Georgiou berkata, beberapa atau semua mangsa yang hilang itu mungkin dalam kalangan 28 mayat yang sedang diperiksa jabatan forensik kerana tidak dapat dikenalpasti. – AFP
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya